Wang RM692,952.48 KSK MPS dilucutkan

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi Muar hari ini melucutkan hak sebanyak RM692,952.48 wang Kelab Sukan Dan Kebajikan Majlis Perbandaran Segamat (KSK MPS) kerana kesalahan aktiviti pengubahan wang haram yang dilakukan oleh pengerusi kelab tersebut.

Hakim Datuk Wira Halijah Abbas membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan lucut hak yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah memutuskan wang yang dilucut hak itu dimasukkan ke dalam hasil kerajaan Malaysia seperti mana permohonan perintah yang dibuat SPRM.

SPRM diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun manakala responden tidak diwakili peguam.

SPRM menamakan empat responden ke atas kes ini iaitu Abd. Rahman Auf bin Ramdzan, Pengerusi KSK MPS, Siti Zubaidah Rustan, Setiausaha KSK MPS, Ismail Suratman, Bendahari KSK MPS dan Kelab Sukan Dan Kebajikan Majlis Perbandaran Segamat.

SPRM telah menjalankan siasatan ke atas Pengerusi KSK MPS kerana telah melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan menerima, memindah dan menggunakan hasil haram daripada kes pecah amanah jenayah ke Akaun Semasa Bank Islam milik kelab Majlis Perbandaran Segamat untuk kegunaan kelab tersebut yang mana sepatutnya merupakan hasil Majlis Perbandaran Segamat.

Artikel Berkaitan: