Anwar ajak rakyat doakan kesembuhan Adib

A
A
A
KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul dalam rusuhan kuil baru-baru ini.

Dalam ciapan di laman Twitter beliau, Anwar turut mendoakan agar keluarga Muhammad Adib tabah mengharungi cabaran itu.

“Marilah kita ramai-ramai mendoakan agar Adib cepat sembuh.

“Semoga keluarganya tabah mengharungi cabaran ini,” ciapnya dalam Twitter beliau.

Hari ini Sinar Harian melaporkan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan membimbangkan.

Hal demikian, doa seluruh rakyat Malaysia sangat diperlukan ketika ini untuk menstabilkan semula tahap kesihatannya.

Institut Jantung Negara (IJN) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, fungsi paru-paru Muhammad Adib mengalami kemerosotan yang progresif.

“Selepas menjalani pemerikasaan, paru-paru Muhammad Adib menunjukkan tanda-tanda penyatuan dan pengerasan pada tisu paru-paru. Kondisi itu menyebabkan pertukaran gas tidak efektif.

“Bukan itu sahaja, fungsi buah pinggangnya juga bertambah buruk, sehingga menyebabkan dia memerlukan semula sokongan dialisis,” kata IJN.
Artikel Berkaitan: