Irfan Bakti sukar terima hakikat

Pemain Terengganu FC (TFC) Tchetche Hermann Kipre (kiri) diasak oleh pemain Petaling Jaya (PJ) City FC Mohd Aizulridzwan Razali (kanan)
pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan TFC mendahului PJ City FC dengan jaringan 3-0.- (Gamba kecil:Irfan Bakti) Foto Bernama
Pemain Terengganu FC (TFC) Tchetche Hermann Kipre (kiri) diasak oleh pemain Petaling Jaya (PJ) City FC Mohd Aizulridzwan Razali (kanan) pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. Separuh masa pertama menyaksikan TFC mendahului PJ City FC dengan jaringan 3-0.- (Gamba kecil:Irfan Bakti) Foto Bernama
A
A
A

KEKALAHAN 3-5 Terengganu FC (TFC) kepada PJ City FC dalam perlawanan pusingan kedua saingan Liga Super di laman sendiri di Kuala Terengganu malam tadi ternyata sukar diterima jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim.

Ini kerana skuad bimbingannya berjaya mendahului PJ City FC 3-0 pada separuh masa pertama dengan corak permainan yang agresif serta meyakinkan dan kekecewaan itu dilihat terbawa-bawa ke luar gelanggang apabila beliau enggan ditemui wartawan untuk ditemuramah.

Penolong jurulatih pasukan, Mohamad Nik berkata kekalahan itu disifatkan sebagai satu kejutan bagi seluruh pasukan ketika mereka berada pada kedudukan selesa untuk mengutip tiga mata penuh.

"Terengganu hanya bermain bola pada 45 minit pertama. Separuh masa kedua sudah tidak ada pergerakan untuk kita tambah jaringan.

"Sebaliknya PJ City FC awal-awal babak kedua sudah menekan pemain kita dan dalam masa 12 minit sahaja sudah merembat tiga gol sekali gus menyamakan kedudukan," katanya selepas perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Menurutnya, antara kelemahan ketara TFC adalah di bahagian sayap terutama selepas pemain baharu yang pertama kali diturunkan, Nabil Ahmad Latpi dikeluarkan pada hujung babak pertama akibat kecederaan.

"Pada separuh masa kedua pemain kita sudah nampak tak selesa dengan bola. Mereka juga tidak bertindak cepat untuk tutup ruang apabila PJ City melakukan hantaran lintang.

"Lima gol yang mereka dapat itu banyak daripada hantaran lintang dan beberapa kesilapan mudah yang tak sepatutnya pemain kita lakukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Mohamad juga tidak menafikan bahawa faktor fizikal pemain lawan turut memberi kelebihan kepada PJ City FC terutama dengan kemasukan dua pemain import baru, Washington Brandao dan Pedro Henrique.

TFC kini menduduki tangga kelapan carta Liga Super. - Bernama