Zizie bakal timang anak perempuan

A
A
A
PELAKON, Zizie Ezette mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan pada Mac depan.

Berita gembira tersebut dimaklumkan sendiri oleh Zizie Ezette yang juga merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin, di Instagramnya awal pagi hari ini.

"GIRL. See u in March my sweet lil angel," tulisnya ringkas.

Zizie dan suami berkahwin pada pada 2009. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak kembar lelaki, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada tahun lalu.

Selain itu, mereka turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.
Artikel Berkaitan:


Di ruang komen, rata-rata semuanya teruja untuk melihat cahaya mata pelakon itu seterusnya nanti.