Dua beranak dapat perhatian

Hasnizawati menyampaikan sumbangan kepada ibu Rokiah di kediaman mereka di Kampung Jalan Perigi semalam.
Hasnizawati menyampaikan sumbangan kepada ibu Rokiah di kediaman mereka di Kampung Jalan Perigi semalam.
A
A
A

YAN - Nasib seorang wanita yang tinggal bersama ibunya di Kampung Jalan Perigi Yan mendapat perhatian daripada pertubuhan Komuniti Amal Jerai.

Wakil pertubuhan, Hasnizawati Zainal Abidin berkata, pihaknya berkesempatan menziarahi dua beranak berkenaan yang hidup dalam kesusahan, semalam.

Katanya, Rokiah Othman, 45 terpaksa berhenti kerja sejak lima tahun lalu kerana perlu menjaga ibunya yang mengalami pelbagai jenis penyakit.

"Ibu Rokiah turut menghidap masalah jantung; darah tinggi; kencing manis dan pelbagai lagi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti kerja demi jaga ibu

Hasnizawati berkata, kunjungan mereka adalah bertujuan memberi sedikit sumbangan keperluan harian.

"Diharapkan dengan sumbangan yang tidak seberapa ini mampu meringankan beban dua beranak berkenaan," katanya.

Kelmarin Sinar Harian ada melaporkan kecekalan seorang wanita yang berhenti kerja semata-mata mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada ibunya.

Artikel Berkaitan:

Keratan akhbar yang dilaporkan Sinar Harian kelmarin.
Keratan akhbar yang dilaporkan Sinar Harian kelmarin.