Dua rakan maut, Myvi bertembung lori

Wan Azharuddin Wan Ismail
Wan Azharuddin Wan Ismail
A
A
A

TAPAH - Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki bertembung sebuah lori tangki di KM52.8 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur berhampiran Tapah, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, Cheong Shaun Wei, 36, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dan Yow Xue Yei, 30, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, nahas berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Bidor ke Kampar.

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, kenderaan berkenaan dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung lori dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun.

"Pemandu lori tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan kereta terbabit.

"Pelanggaran menyebabkan kereta berpusing beberapa kali dan jatuh dalam parit di tepi jalan," katanya.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak cedera.

Katanya, semasa kejadian keadaan di lokasi adalah hujan lebat.

Artikel Berkaitan:

"Bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Tapah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.