Ramadan di Osaka lebih tenang

Penumpang Stesen Osaka yang menjadi aliran transit kereta api utama bandaraya itu tetap tenang menanti ketibaan gerabak.
Penumpang Stesen Osaka yang menjadi aliran transit kereta api utama bandaraya itu tetap tenang menanti ketibaan gerabak.
A
A
A

KELUAR daripada kebiasaan, Ramadan kali ini penulis memilih menjalani ibadat puasa di Osaka, Jepun bagi merasai pengalaman baharu.

Sengaja memilih hotel di pinggir bandar, penulis menetap di sebuah hotel di pekan Senna iaitu kira-kira 12 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

Tetamu di hotel ini dilayan bak raja.

Mereka juga menghormati Ramadan dan menyediakan juadah sahur seperti nasi putih, ikan salmon panggang, sayur serta jus hingga depan mata.

Selain keluasan bilik yang selesa untuk penulis bersolat jemaah bersama suami, pemandangan serta cuaca dingin juga tidak menggoyahkan iman dengan rasa lapar ataupun dahaga.

Apa yang menarik di Jepun, biarpun berada dalam suasana cemas, semua tenang saja.

Salah satu deretan mesin layan diri di stesen kereta api Nankai Ozaki menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman benar-benar mengujakan penulis.
Salah satu deretan mesin layan diri di stesen kereta api Nankai Ozaki menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman benar-benar mengujakan penulis.

Jika anda terlewat menaiki kereta api, tidak perlu berlari mendapatkan trip itu kerana selang beberapa minit, akan datang kereta api lain, malahan bunyi siren di stesen juga bukanlah bunyi yang kuat.

Agaknya, sebab itulah orang Jepun nampak tenang tetapi mereka tetap berjalan laju!

Artikel Berkaitan:

Selain itu, ketersediaan mesin layan diri memang mudah jika tidak sempat membeli juadah berbuka.

Sebut sahaja nak minum air apa, semuanya ada selang beberapa meter sahaja.

Patutlah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad amat menyanjung tinggi kemajuan, ketamadunan dan budaya Jepun.

Janganlah bila cerita tentang kebaikan negara matahari terbit, nanti ada netizen suruh penulis pindah duduk Jepun pula!