'Mama, tengok ni saya masuk TV Somalia'

Aksi Faizal Tahir ketika ditemu ramah wartawan tempatan mencuit hati pengikutnya.
Aksi Faizal Tahir ketika ditemu ramah wartawan tempatan mencuit hati pengikutnya.
A
A
A
10 Mei lalu, penyanyi Faizal Tahir bersama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah berangkat ke Somaliland bagi membantu penduduk Somalia yang dilanda kemarau berpanjangan hingga menyebabkan krisis kebuluran berterusan.

Ketika di sana juga, Faizal sering berkongsi gambar dan video ketika menjalankan misi MyRamadan tersebut.

Antara entri yang mencuit hati pengikutnya adalah video menunjukkan Faizal di temu ramah seorang wartawan yang disiarkan di stesen televisyen tempatan Wararka Star TV.

Menurut Faizal kejadian itu tidak dirancang dan ianya berlaku secara tiba-tiba.

Faizal bersama sebahagian kanak-kanak yang menerima bantaun di Somaliland. - Foto Instagram Faizal Tahir
Faizal bersama sebahagian kanak-kanak yang menerima bantaun di Somaliland. - Foto Instagram Faizal Tahir

“Mama lihat ni! Saya masuk TV Somalia! Sekejap pun sekejap lah.

“Saya tidak bersedia sebenarnya. Mereka tarik saya ke depan kamera secara tiba-tiba,” tulisnya di bahagian kapsyen dengan tanda pagar WararkaForeva.

Katanya lagi, ia adalah salah satu jawapan paling tidak bersedia dan amatur yang pernah diberikan di hadapan kamera.

Rata-rata pengikut Faizal melahirkan rasa bangga dan turut menjadikan dia sebagai inspirasi.

Artikel Berkaitan:

“Faizal Tahir dan semua orang seperti kamu beri inspirasi kepada saya. Satu hari nanti saya mahu tolong orang di sekeliling saya dan di seluruh dunia. Walaupun hanya menguhulurkan bantuan kecil, itu sudah cukup menggembirakan saya,” tulis ismieyhazzeaf12.

“Bangga dengan awak, tuan! Untung Malaysia ada Faizal Tahir,” menurut wawa_adilainie.

A post shared by FT (@faizal_tahir) on