302 keping saman dikeluarkan

Anggota trafik menjalankan pemeriksaan dalam operasi bersepadu yang dijalankan selama dua hari berakhir jam 12 tengah hari tadi.
Anggota trafik menjalankan pemeriksaan dalam operasi bersepadu yang dijalankan selama dua hari berakhir jam 12 tengah hari tadi.
A
A
A

GOMBAK - Polis menahan dua lelaki lelaki atas kesalahan memiliki dadah dan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi Bersepadu di Plaza Tol Gombak yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor.

Operasi dijalankan selama dua hari bermula semalam dan tamat jam 12 tengah hari tadi turut menahan tiga lelaki tempatan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk memandu kenderaan klon dan seorang wanita Vietnam yang tiada dokumen pengenalan diri.

Ketua JSPT Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, sebanyak 302 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada cukai jalan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

"Tiada lesen memandu mencatatkan jumlah kesalahan tertinggi sebanyak 84 kes diikuti nombor pendaftaran kenderaan tidak ikut spesifikasi, 82 kes dan cukai jalan tamat tempoh sebanyak 45 kesalahan.



Azman (dua kanan) turun padang dalam operasi bersepadu yang bermula semalam.

"Dalam operasi sama, AADK menjalankan pemeriksaan ke atas 44 orang dan 12 daripadanya ditahan dipercayai positif dadah. JPJ turut mengeluarkan 94 keping saman atas pelbagai kesalahan," katanya.

Katanya, seramai 16 pegawai 85 anggota JSPT Selangor dibantu JSPT Bukit Aman bersama JPJ, AADK dan JAS terlibat dalam operasi pemeriksaan pematuhan trafik itu.

"Operasi diadakan bertujuan menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan dan penumpang, lori serta bas selain motosikal dan kereta terutama jenis berkuasa tinggi yang mula menjadikan lebuh raya ini sebagai tempat permainan (litar) mereka.

" Diharapkan operasi berterusan ini dapat memberikan impak kepada pematuhan undang-undang dan langkah banteras kepada pengguna jalan raya dari pelbagai kesalahan ," katanya.

Sementara operasi di check point Jalan Genting Highland-Batang Kali, sebanyak 53 saman dikeluarkan JSPT dan 123 saman oleh JPJ.

Artikel Berkaitan: