Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama warga PDRM

Sultan Abdullah bersalaman dengan jemaah selepas selesai menunaikan solat Maghrib di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.
Sultan Abdullah bersalaman dengan jemaah selepas selesai menunaikan solat Maghrib di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, di sini.

Ketibaan baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Timbalannya, Datuk Mazlan Mansor.

Turut mengiringi baginda, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Majlis juga dihadiri bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Tan Sri Musa Hassan.

Turut hadir ke majlis berkenaan kira-kira 1,000 jemaah terdiri daripada warga PDRM.

Sultan Abdullah kemudian turut menunaikan solat Maghrib bersama-sama hadirin di majlis berkenaan.

Artikel Berkaitan: