Tiada kompromi peniaga jual alkohol tiruan

Sivanesan menunjukkan botol minuman alkohol yang dijual di salah sebuah premis ketika menjalankan pemeriksaan bersama Jabatan Kesihatan Negeri di Bercham hari ini.
Sivanesan menunjukkan botol minuman alkohol yang dijual di salah sebuah premis ketika menjalankan pemeriksaan bersama Jabatan Kesihatan Negeri di Bercham hari ini.
A
A
A

BERCHAM - Kerajaan negeri tidak berkompromi dengan tindakan peniaga yang didapati menjual alkohol tiruan hingga menyebabkan keracunan metanol yang dilaporkan sejak bulan lalu.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A Sivanesan berkata, 13 kes keracunan metanol telah dilaporkan di seluruh negeri dengan mencatatkan lima kematian bermula 3 April lalu.

Menurutnya, sehingga kini terdapat dua mangsa masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Teluk Intan.

"Apabila pemeriksaan dilakukan, peniaga sering memberi alasan yang mereka tidak tahu, baru beli dan sebagainya. Kita tidak boleh terima alasan itu kerana ia melibatkan nyawa.

"Enam kes telah dilaporkan di daerah Kinta, dua kes masing-masing berlaku di Kuala Kangsar, Perak Tengah serta Larut, Matang dan Selama manakala, satu kes dilaporkan di Batang Padang. Kita memandang serius perkara ini," katanya.

Sivanesan (tengah) melakukan pemeriksaan minuman alkohol bersama Jabatan Kesihatan Negeri di Bercham hari ini.
Sivanesan (tengah) melakukan pemeriksaan minuman alkohol bersama Jabatan Kesihatan Negeri di Bercham hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan bersama Jabatan Kesihatan Negeri di sebuah premis menjual alkohol di Pusat Bandar Baru Bercham di sini hari ini.

Sivanesan berkata, sebanyak 198 pemeriksaan dilakukan dan empat notis 32B dengan kompaun RM3,000 setiap notis telah dikeluarkan tahun ini.

Artikel Berkaitan:

"Jabatan kesihatan turut mengambil 13 sampel minuman alkohol untuk diuji selain merampas 90 botol minuman dianggarkan bernilai RM876.50 yang didapati melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

"Kita tidak menerima maklumat mengenai seorang mangsa buta namun, ia merupakan salah satu simptom akibat keracunan metanol," katanya.