Mia Ahmad masuk sauna pagi petang

Pelakon, Mia Ahmad
A
A

PELAKON, Mia Ahmad, mendedahkan penampilannya agak susut kerana mengikuti amalan berpantang.

Menurut Samihah Ahmad Baderi atau lebih dikenali sebagai Mia Ahmad, 31, gara-gara berat yang dialami ketika hamil mencecah sehingga 20 kilogram, Mia berusaha untuk menurunkan berat badannya itu.

"Saya berpantang betul-betul, saya pergi sauna pagi petang sebab memang nak kurus.

"Sebabnya waktu saya hamil sebelum ini, berat badan saya naik hingga cecah ke 20kg, dari 48kg ke 68kg. Jadi rasanya macam dan besar sangat.

"Maka saya buat keputusan untuk berpantang dengan mengunjungi sauna. Saya bertunggku dan sebagainya.

"Alhamdulillah sekarang sudah turun ke 43kg," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, bercakap tentang menjadikan anak sebagai duta meskipun di usia yang begitu muda, Mia tidak menolak tuah dan rezeki seandainya ada yang sudi.

"Kenapa tidak kalau ada rezeki dan orang berminat nak ambil saya terima sahaja, untuk Issa," ujarnya tersenyum.

Untuk rekod, Mia dan suami yang merupakan seorang penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi selamat diijabkabulkan pada 13 Januari 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Sayf Issa, kini berusia lapan bulan.