Fad Bocey dibenarkan keluar hospital

Foto Instagram fad Bocey
Foto Instagram fad Bocey
A
A
A

SELEPAS tiga hari ditahan wad akibat jangkitan virus influenza B pada Ahad lalu, pelawak dan juga penyampai radio Era FM, Fad Bocey telah dibenarkan keluar hospital pada Selasa.

Menurut laporan sebuah portal, Fad atau nama lengkapnya Muhamad Fadzlie Nizam, 28, telah mengalami demam panas, batuk dan selsema selama empat hari sebelum ditahan di hospital.

Kata Fad, dia terkena jangkitan virus tersebut mungkin disebabkan persekitaran di tempat kerja. Apatah lagi sebelum itu, rakan sekerjanya, Radin juga terkena virus berkenaan.

Difahamkan Fad kini masih bercuti dan akan kembali ke hospital untuk melakukan ujian darah bagi memastikan kesihatannya benar-benar sembuh dan boleh kembali bertugas seperti biasa.

Artikel Berkaitan: