Remaja maut motosikal terbabas

Mangsa dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Seremban.
Mangsa dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Seremban.
A
A
A

LEMBAH BERINGIN - Seorang remaja berusia 18 tahun maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Kilometer 408.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan jam 1.15 petang tadi.

Mangsa, Muhammad Muazzam Abdul Halim beralamat di Georgetown, Pinang Pinang meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda seorang diri dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Seremban.

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, motosikal terbabit hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan lebuh raya.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: