Bella Astillah teruskan hidup tanpa Aliff jika...

Pelakon, Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah
A
A
A

RUMAH tangga isteri kepada pelakon terkenal, Aliff Aziz, Bella Astillah diuji lagi sebaik gambar Aliff bersama seorang perempuan yang difahamkan berada di bilik hotel tular, hari ini.

Sehubungan itu, Bella menerusi Instagramnya tampil memberi kenyataan panjang lebar akan meneruskan hidup tanpa penyanyi Sayang Sayang itu setelah beberapa kali diberi peluang untuk bertaubat.

“Assalamualaikum. Segalanya telah diambil, dari segi mental dan fizikal sehingga membawa saya kepada keputusan untuk meneruskan hidup tanpa Aliff seandainya saya mahu memperbaiki dalam segenap segi demi anak saya.

No Image Caption

“Saya sangat menghargai andai umum berhenti menghantarkan mesej menerusi direct message, telefon dan mesej untuk bertanya lebih lanjut serta membuat spekulasi tentang isu ini.

“Pinta saya adalah anda dapat menghormati keputusan saya dan berikan ruang sementara saya berdepan masalah kali ini,” luahnya.

Mengenai gambar itu, dipercayai ia telah dimuat naik oleh gadis yang bengang bila wanita yang menjalin hubungan dengan Aliff enggan membayar hutang abangnya.

Artikel Berkaitan: