Penganggur tanam ganja di dapur

Mohd Zani (kanan) menunjukkan pokok ganja yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.
Mohd Zani (kanan) menunjukkan pokok ganja yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Kegiatan seorang penganggur menanam ganja di bahagian dapur rumahnya di Kelana Jaya, di sini, akhirnya terbongkar.

Bertindak hasil maklumat orang awam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotok (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menyerbu rumah teres dua tingkat terbabit kira-kira jam 7.30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pemeriksaan terhadap suspek lelaki berusia 28 tahun ini menemui sepeket daun kering disyaki ganja seberat 14 gram.

"Susulan itu, pemeriksaan lanjut di kawasan rumah tersebut menemui 11 batang pokok ganja berusia satu hingga enam bulan yang ditanam di enam buah pasu.

Rampasan dua buah kenderaan yang dibuat dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.
Rampasan dua buah kenderaan yang dibuat dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.

"Polis kemudian turut menyita wang tunai dolar Amerika (AS) 2,500, wang tunai Rupiah 7.7 juta selain sebuah kereta jenis Toyota serta sebuah motosikal jenis Ducati," katanya dalam sidang akhbar di IPD Petaling Jaya hari ini.

Mohd Zani berkata, dianggarkan nilai kesemua rampasan berjumlah RM200,000.

Tambahnya, siasatan mendapati suspek memperoleh biji benih ganja terbabit daripada peket ganja yang telah diproses. Namun, polis masih menyiasat sama ada suspek ini terlibat sebagai pembekal atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

"Suspek yang didapati positif dadah ini kini direman tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Dalam perkembangan lain, laporan statistik di Petaling Jaya mencatatkan seramai 147 orang tangkapan dibuat membabitkan kes ganja pada tahun 2018. Manakala, tahun ini sehingga 30 April adalah seramai 43 orang.