Surau Kompleks PKNS Shah Alam berwajah baharu

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Azizi Mohd Zain (dua dari kanan) merasmikan Surau Musolla Al-Kauthar, Kompleks PKNS Shah Alam.-
Foto: Bahagian Komunikasi Korporat PKNS
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Azizi Mohd Zain (dua dari kanan) merasmikan Surau Musolla Al-Kauthar, Kompleks PKNS Shah Alam.- Foto: Bahagian Komunikasi Korporat PKNS
A
A
A

SHAH ALAM - PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) beri wajah baharu kepada surau Kompleks PKNS Shah Alam dengan nama Musolla Al-Kauthar yang telah dirasmikan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi berkata, penambahbaikan yang dilakukan bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung muslimin dan muslimat yang datang ke Kompleks PKNS Shah Alam.

"Renovasi yang dilakukan bukan hanya surau, malah turut melibatkan 'facade' luar bangunan, tandas, kemudahan pendingin hawa dan medan selera di tingkat empat dengan nama Makan@Bumbung yang bakal beroperasi selepas Raya Aidilfitri ini.

"Lebih menarik lagi, kami akan membawakan aktiviti rekreasi untuk kanak-kanak dan dewasa seperti futsal, taman permainan dan 'rock climbing' di tingkat empat bangunan ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata, Musolla Al-Kauthar ini berkonsepkan industrial kini lebih praktikal, selesa, cantik dan kemas dengan ruang wuduk yang mesra OKU dan mesra warga emas.

"Kemudahan menyiapkan bayi juga terdapat di tandas yang berdekatan dan ruang menunggu yang lebih banyak menjadi salah satu kelebihan buat para pengunjung untuk datang ke Kompleks PKNS Shah Alam.

"PREC turut bekerjasama dengan pihak jawatankuasa surau Kompleks PKNS Shah Alam untuk mengimarahkan surau dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti tazkirah, solat tarawih dan aktiviti fardhu ain yang lain," katanya pada majlis perasmian yang dirasmikannya.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Azizi Mohd Zain (dua dari kiri) memberikan sumbangan zakat PREC diberikan kepada Maahad Tahfiz Al Iman Wal Mahani semasa majlis perasmian Surau Musolla Al-Kauthar, Kompleks PKNS Shah Alam. - Foto: Bahagian Komunikasi Korporat PKNS
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Azizi Mohd Zain (dua dari kiri) memberikan sumbangan zakat PREC diberikan kepada Maahad Tahfiz Al Iman Wal Mahani semasa majlis perasmian Surau Musolla Al-Kauthar, Kompleks PKNS Shah Alam. - Foto: Bahagian Komunikasi Korporat PKNS

Sebanyak RM5,000 sumbangan zakat PREC diberikan kepada Maahad Tahfiz Al Iman Wal Mahani semasa majlis perasmian tersebut bagi membantu melancarkan proses pembelajaran dan pendidikan serta keberlangsungan aktiviti harian pelajar.