6 negeri catat kes denggi tertinggi

No Image Caption
A
A
A

DENGGI terus membunuh apabila 71 nyawa telah menjadi korban sejak 1 Januari hingga 4 Mei 2019. (Data Kementerian Kesihatan Malaysia - KKM)

Jumlah kes denggi pula terus meningkat iaitu sebanyak 46,607 di seluruh negara antara 1 Januari hingga 11 Mei 2019.

Daripada data dikongsikan KKM, enam negeri catat kes denggi tertinggi

1. Selangor 27,172 kes

2. Kuala Lumpur (4,124)

3. Johor (3,641)

4. Pulau Pinang (2,507)

5. Sabah (2,092)

6. Kelantan (1,391)

BAGAIMANA CARA UNTUK MENCEGAH DENGGI?

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

Gunakan ubat nyamuk.

Gunakan kelambu semasa tidur.

Artikel Berkaitan:

Gunakan 'repellent' jika perlu.

Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi - 8 pagi dan 5.30 petang - 8 malam).

Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar dari rumah.

Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.

Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

Muntah berlarutan/berpanjangan.

Sakit perut.

Kurang bermaya/sawan.

Sesak nafas.

Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.

Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

Sumber: http://idengue.remotesensing.gov.my