Video Putin tersungkur di gelanggang ais tular

Putin jatuh tersungkur ketika melalui karpet merah yang berada di tepi gelanggang hoki ais.
Putin jatuh tersungkur ketika melalui karpet merah yang berada di tepi gelanggang hoki ais.
A
A
A

VIDEO Presiden Rusia, Vladimir Putin jatuh tersungkur di gelanggang hoki ais selepas menjaringkan gol pada perlawanan hoki ais Jumaat lalu, tular di media sosial.

Ketika kejadian, Putin dilihat melambaikan tangan kepada penonton sambil meluncur mengelilingi Gelanggang Ais Bolshoi di Sochi.

Menerusi video berdurasi 33 saat itu, Putin, 66, yang memakai jersi nombor 11 terjatuh apabila melalui karpet merah yang berada di tepi gelanggang hoki ais tersebut.

Dua rakan sepasukan yang bergegas meluncur untuk menghalang Putin daripada melalui karpet merah itu bagaimanapun terlewat apabila pemimpin tersebut jatuh terlebih dahulu.

Di sebalik insiden itu, pasukan Putin dinobatkan juara Liga Hoki Amatur divisyen 40.

Turut sama bermain dalam pasukan Putin adalah Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dan bintang hoki Rusia termasuk Vyacheslav Fetisov, Pavel Bure, Alexei Kasatonov dan Viktor Shalimov. - NY Post

Artikel Berkaitan: