Berbuka puasa di Uptown Kota Dame

Pengunjung menjamu selera dengan suasana santai
Pengunjung menjamu selera dengan suasana santai
A
A
A

PETALING JAYA - Kalau bercerita tentang lokasi untuk berbuka puasa pastinya banyak restoran dan gerai yang menawarkan hidangan berbuka puasa dengan aneka jenis makanan boleh didapati sekitar Lembah Klang.

Malahan hotel-hotel turut menawarkan hidangan berbuka puasa dengan pakej harga yang pelbagai.

Pendek kata tepuk poket, tanya selera!

Namun bagi yang gemar bersantai, berjumpa rakan dan kemudian membeli-belah, lokasi pilihan untuk berbuka puasa mungkin sedikit berbeza.

Sempena Ramadan kali ini, Medan Selera Uptown Kota Damansara yang dibuka jam 5 petang menawarkan pelbagai aneka makanan di 30 gerai terpilih yang bersedia menerima kunjungan anda.

Daripadamasakan panas tradisional, makanan ala barat, nasi arab hinggalah pilihan aneka air sejuk mahupun panas, semuanya ada di sini.

Lebih mengujakan harga aneka jus buah-buahan oren, epal, tembikai termasuk minuman coconut shake semuanya bermula daripada harga RM4.

Artikel Berkaitan:

Aneka jus buah-buahan.
Aneka jus buah-buahan.

Murah bukan? Sambil minum dan makan kita boleh dengar ‘live band’ dan kalau minat menyanyi, boleh berkaraoke sekali.

Bagi pengemar ayam goreng, anda boleh cuba ayam goreng cheese di gerai Ayo! Sinar Harian bertemu pemiliknya, Nasyrul Pete yang memberitahu, ayam goreng cheese peha yang ditawarkan ada dua jenis iaitu Xtra Cheese dan Xtra Spicy.

Ayam goreng cheese Gerai Ayo!
Ayam goreng cheese Gerai Ayo!

Katanya, pelanggan boleh memilih sama ada mahu bungkus dan bawa pulang ataupun makan di situ.

“Setakat ini sambutan amat mengalakkan kerana kami satu-satunya gerai yang menawarkan hidangan agak berbeza daripada yang lain,” katanya.

Makanan ala barat seperti chicken chop pula boleh diperolehi dari gerai Meet the Meat.

Kalau anda penggemar nasi berlauk pula, jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan ayam masak kicap dengan sambal gesek dari Gerai Tiga Budak Gemok.

Nasi ayam masal kicap bersambal Gerai Tiga Budak Gemok
Nasi ayam masal kicap bersambal Gerai Tiga Budak Gemok

Apa yang uniknya makanan di gerai ini ialah sambalnya dibuat dengan cili giling. Kalau hendak tahu rasanya, kena datang sendiri dan rasai kepedasan itu.

Terdapat juga beberapa lagi hidangan tradisi yang menjadi tumpuan iaitu nasi kerabu golok. Harganya tidak mahal, sepinggan RM7 sahaja.

Nasi kerabu golok
Nasi kerabu golok

Menurutnya pengurusnya, Mohd Yusoff Baharuddin, pelanggan boleh memilih nasi berlauk antaranya kambing, sotong dan daging bakar dan ke semua resipinya ‘original made in Kelate’.

Tidak lupa kepada peminat sate dan nasi lemak, anda boleh berkunjung ke Warung Wak Samurai yang pasti hidangannya tidak menghampakan.

Sate Warung Wak Samurai
Sate Warung Wak Samurai

Selain itu, pengunjung yang menggemari makanan ala timur tengah boleh ke Kedai Nasi Arab yang menawarkan chicken shawarma dan chocolate pancake.

Maklumat lanjut layari instagram@uptownkotadame dan Facebook@uptownkotadamee