Suruhanjaya Diraja New Zealand mula siasat serangan Christchurch

Jambangan bunga diletakkan di luar Masjid al-Noor yang menjadi sasaran serangan ganas pada 15 Mac lalu.
Jambangan bunga diletakkan di luar Masjid al-Noor yang menjadi sasaran serangan ganas pada 15 Mac lalu.
A
A
A

WELLINGTON - Siasatan ke atas serangan ganas ke atas dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu yang meragut 51 nyawa bermula semalam.

Suruhanjaya Diraja New Zealand akan menyiasat aktiviti lelaki bersenjata berhaluan kanan tersebut, penggunaan media sosial dan hubungan antarabangsa termasuk jika terdapat aturan yang tidak sesuai dalam sumber antikeganasan.

“Hasil siasatan suruhanjaya itu akan membantu untuk memastikan serangan sama tidak berulang pada masa depan,” kata Perdana Menteri, Jacinda Ardern ketika mengumumkan suruhanjaya kedua yang akan melakukan siasatan terhadap tragedi itu.

Menurut laman web suruhanjaya tersebut, mereka akan mengumpulkan maklumat sehingga Ogos ini dan laporan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan pada 10 Disember depan.

Bagaimanapun, beberapa komuniti Islam meminta komunikasi lebih baik tentang siasatan itu untuk memastikan maklumat disampaikan secara terus. - Reuters

Artikel Berkaitan: