'Jangan sampai umat Islam sendiri keliru'

Tan Sri Dr Harussani Zakaria
Tan Sri Dr Harussani Zakaria
A
A
A
IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menasihatkan semua pihak agar berhati-hati dalam menggerakkan kempen dakwah agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam sendiri.

Beliau berkata, dalam konteks negara ini, bukan semua umat Islam mempunyai ilmu dan iman kuat yang membolehkan mereka memahami maksud sebenar dakwah disampaikan.

Justeru menurutnya, mana-mana pendekatan yang disifatkan sebagai mengelirukan, perlulah dielakkan.

"Jika ada benda-benda begini (kempen), kalau boleh elaklah mana-mana yang mengelirukan, orang kita bukan kuat sangat imannya, kalau kuat ilmu dan beriman, kita tak akan gaduh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penyebaran risalah 'Muslim mencintai Jesus' yang digerakkan menerusi Street Dakwah sebagaimana tular di media sosial.

Kempen itu mendapat reaksi yang pelbagai apabila maksud risalah itu adalah untuk menyampaikan mesej khusus kepada orang bukan Islam menyatakan bahawa Nabi Isa sebagai nabi yang diimami umat Islam sebagai nabi, bukannya tuhan.

Harussani berkata, kempen berkenaan bukanlah satu kesalahan syariat kerana ditujukan kepada orang bukan Islam.

"Jika kepada bukan Islam, tiada masalah kerana menjadi hak semua orang untuk bebas berdakwah...yang menjadi masalah bila mendekati orang Islam.

"Syariat Nabi Muhammad adalah syariat paling lengkap, kita umat Islam tak perlulah nak ikut syariat yang lain," katanya.
Artikel Berkaitan: