Empat Pengganas Daesh rancang serangan di bulan Ramadan diberkas

Suspek disyaki pengganas Daesh ditahan dalam serbuan berasingan sejak 5 Mei, yang merancang untuk menyerang rumah ibadah serta pusat hiburan di dalam negara.
Suspek disyaki pengganas Daesh ditahan dalam serbuan berasingan sejak 5 Mei, yang merancang untuk menyerang rumah ibadah serta pusat hiburan di dalam negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberkas empat pengganas Daesh yang dipercayai akan melancarkan serangan di Malaysia pada bulan Ramadan untuk membalas dendam terhadap kematian anggota bomba, Mohamad Adib Mohd Kassim susulan insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariaman, Seafield, Subang Jaya, November tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, operasi ini dilancarkan setelah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman mengesan satu sel 'Wolf Pack' kumpulan pengganas Daesh.

Menurutnya, sel ini turut merancang pembunuhan ke atas individu berprofil tinggi dan serangan berskala besar ke atas tempat ibadah bukan Islam serta pusat hiburan di sekitar Lembah Klang.

Cawangan Khas E8 menahan suspek disyaki pengganas Daesh dalam serbuan berasingan sejak 5 Mei, yang merancang untuk menyerang rumah ibadah serta pusat hiburan di dalam negara.
Cawangan Khas E8 menahan suspek disyaki pengganas Daesh dalam serbuan berasingan sejak 5 Mei, yang merancang untuk menyerang rumah ibadah serta pusat hiburan di dalam negara.



Salah seorang suspek pengganas Daesh yang ditahan.
Salah seorang suspek pengganas Daesh yang ditahan.

"Pada 5 Mei seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan di Kuala Berang, Terengganu. Suspek yang bekerja sebagai buruh binaan ini adalah dalang melakukan operasi pembunuhan dan serangan ke atas rumah ibadah serta pusat hiburan.

"Tangkapan ini juga membawa rampasan sepucuk pistol jenis CZ 9MM bersama 15 butir peluru dan enam batang improvised explosive devices (IED)," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Pengganas Daesh ditahan dalam serbuan berasingan sejak 5 Mei, yang merancang untuk menyerang rumah ibadah serta pusat hiburan di dalam negara.
Pengganas Daesh ditahan dalam serbuan berasingan sejak 5 Mei, yang merancang untuk menyerang rumah ibadah serta pusat hiburan di dalam negara.

Artikel Berkaitan:

Abdul Hamid berkata, operasi seterusnya membawa tangkapan tiga lagi suspek lelaki warga asing berusia 20 hingga 49 tahun dalam serbuan berasingan pada 7 Mei, yang mana dua daripadanya adalah berketurunan Rohingya, manakala seorang lagi warga Indonesia.

Abdul Hamid (dua dari kiri) menunjukkan IED yang dirampas susulan tertangkap seorang suspek warga tempatan di Kuala Berang, Terangganu, 5 Mei.
Abdul Hamid (dua dari kiri) menunjukkan IED yang dirampas susulan tertangkap seorang suspek warga tempatan di Kuala Berang, Terangganu, 5 Mei.



Antara barang dan senjata yang dirampas susulan tertangkap seorang suspek warga tempatan di Kuala Berang, Terangganu, 5 Mei.
Antara barang dan senjata yang dirampas susulan tertangkap seorang suspek warga tempatan di Kuala Berang, Terangganu, 5 Mei.

Katanya, suspek keturunan Rohingya ini ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan suspek mengaku menganggotai sel pengganas terbabit dan menyokong kumpulan pengganas Arakan Rohinhya Salvation Army (ARSA) selain merancang melakukan serangan ke atas kedutaan Myanmar di ibu negara.

Tambahnya, manakala bagi suspek warga Indonesia itu pula mengaku terlibat dalam sel pengganas 'Wolf Pack' dan merancang berjihad di Syria.

"Kesemua yang ditangkap ini disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747)," katanya. .