Sanggup beratur panjang untuk ayam golek madu Bunohan

Pelanggan beratur panjang sabar menunggu giliran untuk membeli ayam golek madu Bunohan di Batu 8.
Pelanggan beratur panjang sabar menunggu giliran untuk membeli ayam golek madu Bunohan di Batu 8.
A
A
A

KUANTAN - Tidak lengkap juadah berbuka puasa tanpa ayam golek madu Bunohan. Sanggup beratur panjang untuk mendapatkan ayam golek madu ini, penduduk sekitar Kuantan sudah tidak kisah untuk menunggu lama.

Keenakan ayam golek madu Bunohan di tepi Jalan Kuantan-Gambang Batu 8, di sini membuat pelanggan sanggup beratur panjang selama 45 minit hingga satu jam untuk mendapatkan juadah itu.

Kerana permintaan yang tinggi, pemilik perniagaan ini, Mohd Hisyam Othman, 27, kini membuka lima lokasi iaitu jualan ayam golek madu Bunohan di sekitar Indera Mahkota, Beserah, Peramu, Jalan Pintasan Kuantan dan Batu 8.

Menurutnya, setiap hari kira-kira 150 hingga 250 pelanggan tempatan dan luar di sabar menunggu juadah itu yang hanya dijual pada bulan Ramadan sahaja.

"Kami menekankan kualiti ayam golek yang dijual dan mungkin kerana itu mendapat sambutan luar biasa.

“Pada hari pertama puasa, ayam golek madu Bunohan yang saya jual tidak cukup disebabkan permintaan tinggi daripada pelanggan," katanya di tepi Jalan Kuantan-Gambang Batu 8 semalam.

Pembantu gerai, Mohd Hafiz Ibrahim menyediakan ayam golek untuk pelanggan di Batu 8.
Pembantu gerai, Mohd Hafiz Ibrahim menyediakan ayam golek untuk pelanggan di Batu 8.

Bagi melancarkan perniagaannya itu, dia kini mempunyai lebih 10 pembantu di lima lokasi penjualan juadah itu.

Artikel Berkaitan:

"Orang tanya apa rahsia... saya gunakan rempah ratus khas dan proses memerap ayam mestilah satu jam untuk semua itu mesra.

"Proses membersih dan memerap ayam kami mulakan seawal 7.30 pagi dan mula memanggang pada jam 3 petang," ceritanya.

Tambahnya, bagi menjaga kualiti ayam agar masak sekata, kawalan api daripada kayu arang harus sempurna sepanjang proses memanggang

"Itu sangat penting bagi memastikan ayam tidak hangus yang boleh mengubah rasa, warna dan kualiti.

“Saya bersyukur jualan saya dapat sambutan dan mereka sanggup menunggu lama untuk ayam golek Bunohan ini," ujarnya.

Dijual pada harga RM22 seekor, Mohd Hisyam berkata, setakat ini pelanggannya sangat berpuas hati.

Seorang pelanggan Afnan Zainuddin, 35, berkata, dia sanggup menunggu lama hanya semata-mata untuk mendapat ayam golek madu Bunohan yang dianggap istimewa.

“Setiap hari saya akan beli ayam golek ini.

"Ayam ni sedap, dengan bahan perapan, lepas tu dibakar cantik tak hangus pun, bila makan puas hati sangat," katanya.