Eina Azman kongsi berita sedih, datuk meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Eina Azman berkongsi berita sedih, kehilangan datuk kesayangannya, Haji Abdul Rafar Haji Din yang telah meninggal dunia pada Sabtu.

“Salam semua, dengan berat hati Eina ingin sampaikan, Aki Eina telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 Mei 2019.

“Allahyarham telah selamat dikebumikan. Mohon anda semua sedekahkan AlFatihah kepada arwah Haji Abdul Rafar Bin Haji Din,” kongsi Eina di laman Instagramnya.

Tambah Eina, apa yang membuatkan dia bertambah sebak, pada malam sebelum datuknya meningggal dunia, beliau sempat menyanyikan lagu kegemarannya, Mari Sembahyang buat kali terakhir untuk Eina dan keluarganya.

No Image Caption



No Image Caption

“It is indeed a sad news for all of us. The first video took by my mum the night before, was him singing the song that he keep singing to all of us since we were little kids.

“Allahuakbar.. Lagu Mari Sembahyang memang lagu favourite Aki nyanyi untuk we all dan Aki menyanyi untuk terakhir kalinya. Thanks to mummy @amyroshaida288 yang menjaga Aki since day 1 sampailah Aki meninggal semalam di dalam pangkuan mummy.

Artikel Berkaitan:

“Aki baru kahwin dengan tok semula tak sampai setahun dan now tinggalkan tok sendiri lagi. Tak dapat Aki nak pakai baju Melayu warna hijau yang Aki nak pakai dengan tok, raya tahun ni.

“Eina sayang Aki dan will always miss you Aki. Semoga Aki ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Aminnnn,” luah Eina.