Dedah kartel dedak, elak presiden pimpinan Pas terpalit: Zaharuddin

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas menyenaraikan lima nama yang didakwa sebagai ahli kartel dedak, semalam, Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad sekali lagi tampil memberi penjelasan atas tindakannya itu.

Beliau yang juga merupakan menantu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pendedahan tersebut dianggap langkah wajar bagi mengelakkan perbuatan mendedak ini terpalit kepada presidennya, Abdul Hadi Awang, Majlis Syura Ulama dan Pas Pusat.

“Misi saya mudah. Saya nak jauhkan perbuatan mendedak ini daripada dilibatkan Presiden Pas, Majlis Syura Ulama dan Pas Pusat itu sendiri.

"Jadi dua pilihan yang perlu saya pilih. Sama ada biarkan persepsi ramai (tentang) dakwaan YBNA dan tentera siber pro mereka bahawa projek ini direstui presiden dan majlis syura...atau pilihan kedua (iaitu) dedah sekarang sebelum terlambat," katanya menerusi kenyataannya Facebook hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaharuddin senarai lima nama kartel dedak

Jelasnya, Pas bakal menerima kesan buruk jika UMNO didakwa melakukan kesalahan misalnya mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlafta) 2001.

“Maka bukan sahaja UMNO dan Datuk Seri Najib akan dihukum, bahkan Pas dan kepimpinannya boleh tersangkut sekali.

“Jika kerajaan PH tak mampu sabitkan dengan bukti sekalipun, tetapi cukup mereka gunakan kenyataan YBNA dan sekutu-sekutunya yang bersungguh-sungguh mendakwa keterlibatan kepimpinan tertinggi dengan mendedak sebagai alasan untuk menangkap kepimpinan Pas,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kenyataan sama, Zaharudin menjelaskan walaupun tindakannya itu tidak disenangi namun beliau yakin Pas akan lebih selamat.

Zaharuddin
Zaharuddin

“Mereka-mereka yang sayangkan jemaah dan tidak suka orang mengkritik parti terbuka marahkan tindakan saya, tetapi saya yakin untuk jangka panjang Pas akan lebih selamat jika berlaku sabitan.

”Pilihan pertama dibuat selama tiga tahun bermula 2006 hingga 2009 tetapi gagal. Daripada mereka menguasai sekitar 50 peratus ahli jawatankuasa (AJK) Pas Pusat pada 2006 sehingga mereka menguasai sekitar 80 peratus, majoriti perwakilan kawasan dan pos-pos penting seperti timbalan presiden, hampir semua naib-naib presiden dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan lain yang dimuat naik di Facebook, beliau menafikan dua nama yang dikaitkan dalam senarai ahli 'kartel dedak' yang tersebar

Melalui hantaran Facebook hari ini, Zaharudin menafikan “Dr Hussam II” dan “Mr. KT” dalam senarai yang didedahkannya merujuk kepada Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan adik iparnya yang juga Ketua Pemuda Pas, Khalil Abdul Hadi.

Zaharudin juga menuduh Amanah bertanggungjawab dalam mengaitkan nama-nama yang ada dalam senarai itu.

“Ini palsu. Tak sama dengan apa yang saya maksudkan.

"Takkan menteri besar Terengganu terlibat? Takkan adik ipar ana (saya) sendiri terlibat. Jangan percaya (dakwaan) Amanah,” tulisnya.