Tiga rakan didakwa membunuh

Ketiga-tiga tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas mengaku tidak bersalah.
Ketiga-tiga tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas mengaku tidak bersalah.
A
A
A

PASIR MAS - Tiga rakan yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pemuda berusia 22 tahun di Kampung Bagus, Rantau Panjang pada April lalu.

Tertuduh Muhammad Mahfuz Aris Md Nawi, 26, Mohamad Haniff Mazlan, 26, dan Azrol Affendi Daud, 26, membuat pengakuan itu serta meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Muhammad Yusoff Abdullah.

Ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin untuk kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama melakukan kesalahan membunuh hingga menyebabkan kematian Mohamad Noralimin Hafiz Othman, 22, di sebuah bangunan stor kereta Jalan Kampung Banggol Kulim, hadapan Pejabat Penggawa Kampung Bagus, Rantau Panjang.

Kesalahan pada 8 April lalu itu dilakukan antara jam 3 hingga 5.30 petang.

Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman manakala Yusoff Yunus bertindak sebagai peguam bela untuk semua tertuduh.

Mahkamah menetapkan 11 Jun depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasatan.

Artikel Berkaitan: