Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

A
A

KADAR jangka pendek dijangka stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan RM26.09 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.74 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional sebanyak RM1 bilion setiap satu masing-masing bagi lapan hari, 14 hari dan 21 hari.

Ia juga akan menawarkan tender Qard julat tempoh kematangan Islam (iRMA) bernilai RM3.4 bilion untuk lapan hari sehingga 31 hari dan Program Komoditi Murabahah (CMP) bernilai RM100 juta selama 17 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM23.1 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM15.3 bilion. -Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia