Manfaatkan 1001 khasiat barli

x-default
A
A

BARLI atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.

Jom baca khasiat barli yang terlalu banyak ini.

Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir lima kali zat besi dalam bayam, tujuh kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.

Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia.

Jom kita ketahui khasiat barli.

1. Menurunkan paras kolesterol dalam darah Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli sangat berkesan dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolesterol dari makanan ke perut dan usus.

Beta-glucan yang terdapati di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolestrol buruk’) dan trigliserida.

2. Meningkatkan paras glukosa dan lemak dalam darah Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati dalam barli. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam barli membantu meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.

3. Mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung Barli mempunyai kandungan Tokotrienol dan tokoferol yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Selain berperanan merendahkan kadar kolesterol di dalam badan, air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu condisi di mana dinding saluran arteri disekat dengan gumpalan lemak yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan boleh membawa maut.

Air barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis. Hal ini kerana sifatnya yang anti-keradangan dan lipid-altering effects. Tambahan lagi, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan strok.

4. Merawat luka ringan Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Caranya rebus biji barli sehingga lembut, lenyekkan, dan tampal ke bahagian yang luka.

5. Menghilangkan berat badan Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu untuk menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Ia tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan.

Tambahan lagi, air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisme lemak. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari.

Resipi air barli untuk menguruskan badan:

Bahan-bahan: Setengah cawan barli dan tujuh gelas air, sebatang kayu manis ceylon Lemon Madu ( kalau nak manis)

Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. Kemudian tutup api. Sebelum minum perahkan lemon sikit dan masukkan madu. Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Jangan lupa panaskan sebelum minum.

6. Menyejukkan badan Air rebusan bijirin barli juga berfungsi sebagai penyejuk badan. Rasulullah SAW pernah memberi sup barli kepada orang yang menghidap demam.

7. Membantu sistem penghadaman

Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.

Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dalam darah.

8. Merawat UTI UTI merujuk kepada urinary tract infections, ataupun jangkitan saluran kencing. Dengan meminum air barli, anda boleh merawat, ataupun mencegah masalah kesihatan ini. Barli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.

Pada masa yang sama, air barli juga boleh membantu mencuci buah pinggang dan bertindak sebagai satu bahan anti-keradangan untuk sistem urinari. Oleh sebab itu, air barli ini sesuai untuk merawat penyakit seperti cystitis, batu karang dan tahap kreatinin yang tinggi.

Ia juga berperanan untuk mengurangkan bau air kencing. Untuk merawat UTI, anda perlu minum beberapa cawan air barli setiap hari sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.

9. Mencegah batu karang Beras barli kaya dengan magnesium yang boleh mencegah penghasilan batu karang selain daripada membantu anda menyahtoksinkan badan.

10. Mengawal kencing manis (Diabetes) Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.

Terdapat banyak kajian telah menjumpai bahawa beta-glucan boleh meningkatkan pengawalan kadar gluosa darah dan insulin. Ia juga boleh mengurangkan risiko untuk obesiti (berat badan berlebihan) – penyumbang utama kepada kencing manis tahap 2.

Tambahan lagi, beras barli dianggap sebagai salah satu makanan yang mengandungi kadar glycemic yang rendah. Ini secara tidak langsung membantu anda mengawal kadar glukosa di dalam darah. Manakala, phytochemicals yang terdapat di dalam beras barli pula bermanfaat untuk mengawal diabetes, penyakit jantung dan kanser.

11. Menghasilkan kulit yang sihat dan cerah serta mengatasi masalah kulit Air barli boleh membantu anda mengeluarkan toksik dari badan lalu memberikan anda kulit yang lebih sihat dan cerah. Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.

Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pori kulit tersumbat. Antioksida yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan lalu mengekalkan awet muda untuk jangka masa yang lebih lama.

Selain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapunya pada kulit muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda boleh mengamalkan petua ini 2 kali seminggu.

12. Menyejukkan badan Air barli adalah air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan. Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli. Ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.

Anda boleh menjadikan air barli anda lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula. Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk. Kesan sejuk pada badan selepas anda nikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.

13. Membekalkan nutrisi penting kepada ibu mengandung Dengan kebaikannya yang banyak, air barli sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung. Tambahan lagi, ia mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung.

Air barli boleh mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.

14. Menambah susu badan Para ibu yang menyusu anak juga boleh mengambil manfaat air barli untuk meningkatkan kadar penghasilan susu badan mereka. Anda boleh campurkan air barli yang panas dengan satu sudu teh jintan manis, biarkannya selama lima ke 10 minit dan kemudian minumnya.

15. Meningkatkan sistem pertahanan badan Air barli dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium yang memainkan peranan di dalam sistem pertahan badan kita. Tambahan lagi, beta-glucan yang sedia ada di dalam beras barli mempunyai kebolehan untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan.

Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Selain itu, air barli turut mengandungi zat besi untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).

Selain daripada 15 khasiat yang kami senaraikan di atas, terdapat banyak lagi khasiat barli seperti:

Mengurangkan morning sickness

Menganjalkan kulit

Melegakan sembelit

Mengatasi masalah artritis

Menguatkan gigi

Mengurangkan rambut gugur

Membantu masalah anemia

Menghilangkan batuk, sakit tekak, demam

Mencegah osteoporosis

Mencegah kencing kotor

Meningkatkan kesihatan dan fungsi buah pinggang.

Terlalu banyak khasiat barli. Rugi kalau anda tak jadikan air barli sebagai minuman kegemaran.

https://www.bidadari.my