Bayi lapan bulan di Thailand maut dilanggar

Keadaan 'walker' Nontawat Saingam selepas dilanggar. Gambar kecil: Rakaman CCTV menunjukkan pemandu lori cuba untuk mengelak daripada melanggar mangsa.
Keadaan 'walker' Nontawat Saingam selepas dilanggar. Gambar kecil: Rakaman CCTV menunjukkan pemandu lori cuba untuk mengelak daripada melanggar mangsa.
A
A
A

SAMUT PRAKAN - Seorang bayi berusia lapan bulan di Thailand maut dilanggar lori ketika ibunya leka dengan telefon bimbit.

Nontawat Saingam yang diletakkan di dalam 'walker' sedang bermain di bahagian depan rumahnya di wilayah Samut Prakan apabila pintu pagar yang tidak dikunci rapat terbuka, menyebabkannya meluru keluar ke tengah jalan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah lori cuba mengelak daripada melanggar bayi lelaki tersebut namun tayar belakang lori terbabit mengenai bayi malang itu.

Nontawat yang mengalami keretakan pada tengkorak dan patah kaki kanan maut di tempat kejadian.

Ketika kejadian Khamis lalu, ibu mangsa, Wilawan Pitpan, 32, dikatakan sedang membalas mesej di telefon bimbit dan tidak menyedari anaknya berada dalam bahaya.

"Saya tidak tahu berapa lama saya berbalas mesej dengan kakak saya.

"Apabila saya sedar,Nontawat tiada di depan rumah dan pintu pagar telah terbuka," kata Wilapan yang menyesali kecuaiannya.

Sementara itu, Sanan Sopapang, 61, berkata, dia sedang memandu pulang dari tapak pembinaan apabila dia ternampak bayi tersebut meluncur di hadapan lorinya.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak memandu laju ekoran jalan yang sempit dan saya cuba untuk mengelak apabila ternampak bayi itu, namun tayar belakang lori mengenai mangsa," katanya.

Mayat Nontawat dihantar untuk menjalani autopsi sementara polis meneruskan siasatan. - Dailymail