Pemindahan kubur lama dijangka selesai April depan

Azman (dua kiri) menyampaikan replika cek zakat kepada Nik Mohd Azlan.
Azman (dua kiri) menyampaikan replika cek zakat kepada Nik Mohd Azlan.
A
A
A

KOTA BHARU - Pemindahan tanah kubur lama didakwa kerabat diraja, pembesar dan ulama Islam Nusantara di Kota Bharu yang dikenali Kubur Langgar Burok dijangka selesai awal tahun depan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, proses pemindahan dijangka bermula Januari ini namun bergantung dengan keadaan cuaca semasa.

Menurutnya, proses susulan pula mungkin memakan masa selama beberapa bulan, selewat-lewatnya April ini.

"Sejak aktiviti penggalian dibuat, kita memindahkan 150 daripada 200 kubur lama dan bakinya selepas berakhirnya musim hujan.

"Walau pun selepas isu ini tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp pada 8 Disember lalu, tiada waris tampil membuat bantahan atau menuntut kubur itu," katanya.

Nik Mohd Azlan berkata, tidak timbul isu berbangkit kerana kerja pemindahan 150 kubur lama dengan 552 cebisan tanah hitam yang disifatkan sebagai jenazah, dibuat mengikut syarak iaitu diletakkan dalam kain putih untuk proses pemindahan ke Tanah Perkuburan Tanjong Chat.

Katanya, MAIK bertugas sebagai badan yang memantau proses mengalihkan kubur tetapi sekiranya terdapat waris yang mahu alihkan kubur ke lokasi pilihan, pihaknya sedia membantu.

Artikel Berkaitan: