Selangor janji kukuh institusi Islam, Bumiputera

Kerajaan PH terus perkasa, martabat Islam, selain tidak pinggir agama lain

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sambil diiringi Amirudin (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Iftar Perdana Bersama Pemimpin di Masjid Ar Rahman Kampung Bukit Badong, di sini hari ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sambil diiringi Amirudin (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Iftar Perdana Bersama Pemimpin di Masjid Ar Rahman Kampung Bukit Badong, di sini hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor berjanji terus memperkukuh Islam sebagai agama rasmi di samping tidak meminggirkan agama lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kerajaan PH negeri ini menerusi pendekatannya terus memperkasa dan memartabatkan agama Islam.

Menurutnya, meskipun dicemuh dengan pelbagai tomahan dan dakwaan mengaibkan, namun nasib kaum Melayu dan Bumiputera akan terus dibela.

"Beberapa inisiatif dilaksanakan bagi memartabatkan Islam antaranya melalui pembinaan masjid dan pengisian program pendidikan Islam," katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana Bersama Pemimpin di Masjid Ar Rahman Kampung Bukit Badong, di sini hari ini.

Amirudin berkata, misalnya, institusi tahfiz di negeri ini terus dimartabatkan hingga menjadi negeri pertama yang memberikan latihan 'fast track' kepada pelajar tahfiz duduki Sijil Pelajaran Malaysia.

"Malah, qari dan qariah Malaysia yang muncul sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa, baru-baru ini datangnya dari institusi dari negeri ini di bawah kawalan Jabatan Agama Islam Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan: