Sejarah Johor dimasukkan dalam silibus sekolah agama

Tosrin menyampaikan sumbangan duit raya pada majlis perasmian tersebut.
Tosrin menyampaikan sumbangan duit raya pada majlis perasmian tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Subjek sejarah negeri dan kesultanan Johor akan dimasukkan dalam silibus pendidikan sekolah agama bermula tahun depan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sedang dalam peringkat akhir perbincangan berkaitan keputusan tersebut.

"JAIJ akan gubah satu kurikulum baharu bagi sekolah rendah agama di Johor di mana sejarah negeri Johor dan kesultanan negeri Johor akan dimasukkan dalam silibus.

"Di peringkat Marsah (Kolej Pengajian Islam Johor) kita sudah ada silibus ini. Insya-ALLAH kurikulum ini akan diperkenalkan pada sesi persekolahan (sekolah agama) Januari tahun depan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Bangunan Darul Furqan di sini hari ini.

Menurutnya, pelaksanaannya akan dibuat serentak di semua sekolah agama di negeri ini bermula daripada Darjah Satu hingga Darjah Khas.

"Hanya melibatkan sekolah agama kerajaan negeri Johor. Nama subjek akan diputuskan kemudian. Sekarang JAIJ sudah di peringkat akhir perbincangan di mana perbincangan telah bermula bulan lepas.

"Kemungkinan pada peringkat awal ini guru-guru akan dipanggil untuk menghadiri kursus khas bagi mendalami sejarah ini juga," katanya.

Jelasnya penekanan subjek sejarah dan kesultanan Johor itu supaya generasi baharu lebih menghayatinya.

Artikel Berkaitan:

"Kita laksanakan ini supaya generasi baru Johor boleh menghayati lebih dekat secara lebih dekat dari peringkat awal tentang sejarah negeri Johor dan sejarah kesultanan Johor sendiri.

"Sejarah negeri Johor dan kesultanan Johor itu tidak dapat dipisahkan. Bukan sebab berlaku penurunan penghayatan sejarah dalam generasi hari ini tapi kita mahu menambah nilai jati diri pelajar-pelajar," katanya.