LZS buka permohonan zakat asnaf fisabilillah

Rakyat Selangor dan pemastautin di negeri ini yang layak bolehlah membuat permohonan awal kerana permohonan akan ditutup jika peruntukan sudah habis. (Gambar kecil: Abdul Basith)
Rakyat Selangor dan pemastautin di negeri ini yang layak bolehlah membuat permohonan awal kerana permohonan akan ditutup jika peruntukan sudah habis. (Gambar kecil: Abdul Basith)
A
A
A
SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah membuka permohonan untuk bantuan zakat asnaf fisabilillah khususnya untuk bantuan persekolahan serta pengajian di institusi pengajian tinggi(IPT).

Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid berkata, permohonan untuk bantuan zakat fisabilillah ini mula dibuka sejak akhir bulan lalu kepada warga Selangor serta mereka yang bermastautin di negeri ini untuk tujuan berkenaan.

"Alhamdulillah pada tahun ini LZS membuka permohonan untuk bantuan zakat asnaf fisabilillah di mana kita fokuskan kepada golongan pertengahan termasuk untuk bantuan persekolahan dan institusi pengajian tinggi (IPT).

"Bagi pemohon untuk pelajar IPT kita sediakan bantuan sebanyak RM700 setiap pelajar yang kita telah buka permohonan sejak 25 November lalu hingga 31 Januari 2019.

"Untuk bantuan persekolahan pula kita telah buka permohonan sempena sambutan Keputeraan Sultan Selangor baru-baru ini iaitu 11 Disember dan kita akan tutup pada 10 Februari 2019," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Program Zakat Street On Wheels di Uptown Shah Alam, malam tadi.

Selain itu, Abdul Basith menjelaskan pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman sesawang LZS dan menyarankan untuk memohon awal memandangkan permohonan juga akan ditutup jika peruntukan habis disalurkan.

Katanya, LZS telah memperuntukkan sebanyak RM3.1 juta untuk pelajar IPT manakala untuk bantuan persekolahan pula sebanyak RM7 juta.

"Saya alu-alukan permohonan untuk bantuan zakat fisabilillah ini daripada masyarakat di luar sana menerusi permohonan secara dalam talian dan InsyaALLAH permohonan akan diproses dalam masa 14 hari
Artikel Berkaitan:


"Peruntukan zakat untuk pelajar IPT sebanyak RM3.1 juta dan untuk persekolahan sebanyak RM7 juta di mana permohonan akan ditutup jika peruntukan habis.

"Justeru, masyarakat di luar sana rakyat Selangor atau pun pemastautin di Selangor yang layak, bolehlah memohon bantuan ini dengan segera," katanya.

Info permohonan zakat asnaf fisabilillah

Peruntukan RM3.1 juta untuk IPT - 25 November 2018 hingga 31 Januari 2019

Peruntukan RM7 juta untuk persekolahan - 11 Disember 2018 hingga 10 Februari 2019