YGMB Travel beri wang saku buat jemaah umrah

Pengurus Besar Glocal Travel, Ezuan Azizi Md. Arith menunjukan beg yang berikan kepada setiap penyertaan warga Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengurus Besar Glocal Travel, Ezuan Azizi Md. Arith menunjukan beg yang berikan kepada setiap penyertaan warga Kementerian Pendidikan Malaysia.
A
A
A

WARGA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bakal menikmati pelbagai kemudahan dan tawaran menarik sekiranya melancong atau menunaikan umrah menerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Travel & Tours Sdn. Bhd.

Program kembara 12 hari yang mendapat kerjasama daripada syarikat tempatan, Glocal Travel dan WSF Travel itu juga menawarkan penerbangan ke lebih 10 destinasi termasuk Mekah, Madinah, Korea, Indonesia, Vietnam, Thailand, China, Australia dan Jepun.

Pengurus Besar Glocal Travel, Ezuan Azizi Md. Arith berkata, warga KPM hanya perlu membayar RM50 sekiranya mendaftar di booth mereka di Festival Guru Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Spice Setia, Bayan Lepas di sini bermula hari ini hingga Khamis.

“Selalunya deposit yang perlu dibayar ialah sebanyak RM500 tetapi sempena festival ini kita hanya perlukan RM50 sahaja. Bakinya perlu dijelaskan sebelum musim haji dan 45 hari sebelum tarikh penerbangan.

“Untuk ahli YGMB, kita akan beri wang saku sebanyak RM300 yang akan diserahkan ketika berada di Tanah Suci,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pengurus Besar Glocal Travel, Ezuan Azizi Md. Arith memberikan penerangan kepada pengunjung di Festival Guru Malaysia 2019 di sini hari ini.
Pengurus Besar Glocal Travel, Ezuan Azizi Md. Arith memberikan penerangan kepada pengunjung di Festival Guru Malaysia 2019 di sini hari ini.

Tambahnya, jemaah umrah akan menerima dua beg pakaian beroda, satu beg selimpang dan satu beg galas kecil sebagai nilai tambah bagi menarik penyertaan orang ramai.

Menurut Ezuan, pakej umrah bermula pada harga RM5,990 dengan penerbangan pertama pada Oktober tahun ini diikuti November dan Disember. Orang ramai juga boleh terbang pada Januari, Februari, Mac dan April tahun depan.

Artikel Berkaitan:

“Kita mempunyai Lesen Khas Umrah (muasassah) yang diperoleh daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang memberikan perlindungan kepada bakal Jemaah daripada ditipu,” katanya.

Beg khas untuk peserta Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Travel & Tour Sdn. Bhd.
Beg khas untuk peserta Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Travel & Tour Sdn. Bhd.

Ujar Ezuan, pihaknya menyasarkan seramai 70 penyertaan sepanjang lima hari festival itu berlangsung. Setiap pendaftaran akan menerima pelbagai hadiah menarik daripada YGMB.

“Bagi pakej pelancongan pula, kami menawarkan harga dari RM750 hingga RM5,990 mengikut destinasi dan tempoh perjalanan,” katanya.

Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke booth mereka di festival tersebut atau menghubungi YGMB Travel & Tours Sdn. Bhd. di talian 03-4106 6588/03-4105 8650 atau emel ke ygmbtravel@ygmb.com.my.