Pertemuan dengan PM positif, bincang ekonomi Terengganu

Dr Ahmad Samsuri melihat Draf Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2050 (Kajian Semula) dipamerkan kepada orang awam di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini.
Dr Ahmad Samsuri melihat Draf Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2050 (Kajian Semula) dipamerkan kepada orang awam di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu sebagai positif dalam menyuarakan kehendak Terengganu.

Menurut beliau, pertemuan selama satu jam itu memperlihatkan setiap perkara dan pandangan yang diutarakan kepada Perdana Menteri mendapat maklum balas baik walaupun tiada keputusan dicapai.

"Antara perkara yang disebut adalah usaha memperkukuhkan ekonomi masyarakat desa negeri ini yang tidak mengalami banyak perubahan walaupun Terengganu menerima wang royalti minyak sejak tahun 1974.

“Ini antara perkara saya bincangkan dengan beliau, jadi kerajaan negeri akan perhalusi pandangan-pandangan itu nanti, kita tengok apa yang boleh dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Publisiti dan Penyertaan Awam Laporan Pemeriksaan Draf Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2050 (Kajian Semula) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Jumaat lalu, Dr Ahmad Samsuri mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan kepentingan Terengganu.

Antaranya isu yang dibincangkan adalah hala tuju pelaburan pihak luar negara ke Terengganu, projek di bawah Rolling Plan RMK-11 di bawah Teras V, isu wang tunai petroleum dan baki pinjaman oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk projek Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Selain itu, beliau turut menyentuh soal projek Khazanah di Terengganu dan pemerkasaan ekonomi penduduk tempatan.

Artikel Berkaitan: