Adam Corrie terharu ramai wajah baharu hadir HASA 4.0

Adam Corrie
Adam Corrie
A
A
A

PRESIDEN Usrah Fitrah (UF) Adam Corrie berkata, program Himpunan Artis Sayang Al-Quran 4.0 bertemakan Ar Rahman Ku Seru Nama Mu pada kali ini lebih mendapat sambutan yang menggalakkan daripada wajah baharu.

Adam yang juga merupakan seorang selebriti, berkata, progam anjuran Usrah Fitrah dan The SARJANA yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam, dihadiri oleh ramai selebriti yang sebelum ini tidak berpeluang untuk turut serta.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izin Nya dapat jua bersama-sama masa dan waktu untuk mengikuti program HASA 4.0 pada tahun ini.

“Penganjuran program pada kali ini sebagai satu langkah inovatif memberi nafas baharu dalam kempen sayangi al-Quran di kalangan penggiat seni untuk memartabatkan al-Quran melalui program ini.

No Image Caption

“Menariknya HASA kali ini dapat dilihat wajah-wajah baharu. Maksudnya, artis yang sebelum ini terlepas untuk hadir ke acara HASA mereka hari ini akhirnya berpeluang dapat hadir,” ujarnya ketika ditemui Sinar Harian.

HASA 4.0 merupakan program bertujuan memberi pendedahan kepada penggiat seni tempatan tentang keindahan dan ilmu yang terkandung dalam al-Quran, dengan harapan mereka semakin dekat dengan Islam.

Selain itu, memberikan pendidikan kerohanian dan ruang kepada golongan sasaran agar mengenali al-Quran dengan lebih dekat sekali gus menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

Artikel Berkaitan:

Bahkan memberi inspirasi kepada penggiat seni tempatan untuk meneruskan karya mereka berpaksikan al-Quran.

Program ini juga menjadi platform untuk mengubah persepsi masyarakat berhubung peribadi artis sekali gus menjadikan artis sebagai contoh bagi berkongsi kebaikan kepada masyarakat.

No Image Caption

Ia juga turut mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Program ini turut berjaya mengumpul seramai 800 orang penggiat seni. Antara yang hadir adalah Azri AF, Ameng Spring, Anas Tahir, Baggio, Datuk Nash, Erra Fazira, Hafiz Hamidun, Hamidah Wahab, Johan As’ari, Putra Amaris, Tomok, Wan Maimunah, dan Zarul Umbrella.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Persembahan Khas HASA 4.0 daripada barisan artis Raqib Majid Zayyan fm, Kumpulan Brothers, Mestica, The Helmis (Heliza Helmi dan Hazwani Helmi), Adeep Nahar, Fakhrul UNIC, Diikuti iftar bersama, makan malam dan jalinan ukhuwah.

Untuk rekod, ini merupakan program penganjuran kali keempat dan kedua diadakan bertempat di Istana Budaya. Kali pertama diadakan bertempat di Dewan Menara FELDA, Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 400 anak seni pada 2016 manakala kali kedua berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tahun berikutnya.