Nurul Izzah dilantik Pengerusi MPN Pulau Pinang

Nurul Izzah
Nurul Izzah
A
A
A

PETALING JAYA - PKR mengumumkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang.

Selain beliau, Ahli Parlimen Selangau yang juga Menteri Kerja Raya, Baru Bian diberikan tugas untuk terus memimpin PKR Sarawak.

Manakala, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh pula dilantik sebagai Pengerusi MPN bagi negeri Pahang.

“Berikut merupakan senarai nama Pengerusi MPN setelah selesai proses perbincangan dan rundingan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua-Ketua Cabang negeri berkenaan.

“Sarawak, Baru Bian; Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar dan Pahang, Fuziah Salleh.

“Senarai jawatan-jawatan lantikan lain akan diumumkan kemudian,” kata Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut merupakan senarai Pengerusi MPN negeri lain seperti diumumkan baru-baru ini:

Perak: Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak

Artikel Berkaitan:

Negeri Sembilan: Aminuddin Harun

Kedah: Datuk Johari Abdul

Sabah: Datuk Christina Liew Chin Jin

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Zahir Hassan

Melaka: Halim Bachik