Gabung PRU15: UMNO alu-alukan pendirian Pas

Annuar
Annuar
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO mengalu-alukan pendirian Pas bagi merasmikan gabungan kedua-dua parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO sudah sedia dan mahu kerjasama tersebut digerakkan ke satu fasa kehadapan mengikut kesediaan parti masing-masing.

"Jadi sikap positif Pas itu memang melegakan kita, yang penting kita mesti lakukan perubahan pentadbiran pada PRU akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas, UMNO akan bergabung PRU15

"Tapi yang penting kerjasama Pas-UMNO ini tidak boleh terbatas antara kita dua parti sahaja dan kita telah bersetuju untuk memperluaskannya," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kedua-dua parti itu bakal membentuk gabungan rasmi menjelang PRU15 nanti.

Tambahnya lagi, ketika ini kerjasama antara Pas dan UMNO berjalan baik di seluruh negara.

"Kita boleh lihat di semua peringkat sedang berlangsung pelbagai program secara bersama, dan ini diperhebatkan dari semasa ke semasa tak lama lagi kita akan meterai piagam bersama untuk membolehkan satu garis panduan pergerakan yang lebih tersusun dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ahli Parlimen Arau merangkap Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim pula memanjatkan doa agar perkara itu menjadi kenyataan.

"Saya berdoa semoga ia menjadi kenyataan walaupun sekarang ini apa terjadi di peringkat atas dan di peringkat akar umbi berjalan lancar malah Cawangan UMNO maklum kepada saya bahawa jika mereka buat majlis mereka memanggil wakil Pas," katanya.

Tambahnya ikatan UMNO-Pas kini ibarat seperti adik-beradik yang sukar untuk dipisahkan.

"Sekarang sudah terjalin hubungan luar biasa dan jika UMNO-Pas kita boleh memerintah bersama negara akan aman dan damai tak seperti sekarang yang tidak menentu," katanya.