Tentera Afghanistan bebaskan 10 orang awam

No Image Caption
A
A
A

KUNDUZ - Tentera Darat Afghanistan membebaskan 10 orang awam yang ditahan militan Taliban dalam satu operasi dilancarkan di utara wilayah Kunduz, demikian menurut sumber tentera.

"Operasi dilancarkan di kampung Aq Saray, daerah Chahar Dara lewat Jumaat, bangunan yang digunakan Taliban sebagai penjara turut dimusnahkan," kata jurucakap tentera, Ghulam Hazrat Karimi lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata militan yang menjaga pusat tahanan itu melarikan diri sebelum tentera dan pasukan keselamatan tiba.

Pemberontak Taliban sering menahan orang awam kerana menuduh mereka menjadi pengintip kepada tentera kerajaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: