Baim Wong bakal jadi bapa

No Image Caption
A
A
A

BINTANG Indonesia terkenal, Baim Wong, berkongsi khabar gembira bakal bergelar bapa tidak lama lagi menerusi laman sosialnya.

Menerusi perkongsian dibuat Muhammad Ibrahim atau lebih dikenali Baim Wong, 38, di Instagram miliknya seakan-akan memberi bayangan bakal menerima cahaya mata lelaki hasil perkongsian hidup bersama isteri yang juga merupakan seorang model dan aktres, Paula Verhoeven.

“Mamahnya Bapau Junior senyum aja nih...,” kata Baim pada perkongsian gambar isterinya sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik.

No Image Caption

Selain berkongsi gambar menunjukkan paparan imbasan bayi, pelakon sinetron popular Benci Bilang Cinta dan Sejuta Cinta Marshanda itu turut menggabungkan namanya bersama isteri buat bayi pertama mereka, Ba (Baim) + Pau (Paula), Bapau.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instastory, Baim seperti bermain teka-teki dengan peminatnya sama ada isterinya hamil anak lelaki ataupun perempuan, atau kembar?

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dan doakan yang terbaik buat pasangan sama cantik sama padan itu.

Untuk rekod, pasangan selebriti itu selamat mendirikan rumah tangga sekitar pertengahan November tahun lalu selepas mengikat tali pertunangan sekitar Julai 2018.

Artikel Berkaitan: