32 peratus keluar mengundi sehingga jam 12 tengah hari: SPR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun (dua, kiri) dan Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom (kiri) memerhatikan pengundi Abdul Suhud Jinggona, 55, memasukkan kertas undi ke dalam peti undi ketika memantau proses mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Papat 1 dan 2 hari ini.- Bernama

A
A
A

SANDAKAN - Peratusan yang keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan sehingga 12 tengah hari tadi adalah 32 peratus setelah kesemua 19 pusat mengundi dengan 90 saluran dibuka pada 7.30 pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah antara yang meninjau proses pengundian di beberapa pusat mengundi seperti Sekolah Menengah Yu Yuan dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1 dan 2.

Calon-calon yang mengundi pagi tadi ialah calon DAP Vivian Wong Shir Yee, calon Bebas Chia Siew Yung dan calon Bebas Sulaiman Abdul Samat.

Proses pengundian berjalan sehingga 5 petang ini melibatkan 39,684 pemilih berdaftar, yang SPR menyasarkan 70 peratus daripada jumlah itu akan keluar mengundi.

Sepanjang pagi tadi cuaca baik, namun Jabatan Meteorologi meramalkan ribut petir di beberapa tempat di Sandakan pada sebelah petang nanti.- Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan