12 peratus keluar mengundi sehingga 9 pagi: SPR

Pengundi pertama, Ahmad Kulambong, 60, memasukkan kertas undinya ke dalam peti undi sewaktu mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbah hari ini. - Bernama
Pengundi pertama, Ahmad Kulambong, 60, memasukkan kertas undinya ke dalam peti undi sewaktu mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbah hari ini. - Bernama
A
A
A

SANDAKAN - Peratusan mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan sehingga 9 pagi ini adalah sebanyak 12 peratus sejak pusat mengundi dibuka dari pukul 7.30 pagi dan ia dilihat memberangsangkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berharap lebih ramai pengundi keluar mengundi dan keluar awal disebabkan cuaca panas.

Katanya pengundi diminta membawa kad pengundi yang dikirim awal oleh SPR bagi memudahkan mereka ketika di pusat mengundi iaitu tidak perlu memeriksa nama dan saluran mengundi.

“Maklumat ada dalam kad pengundi dan perlu membawa kad pengenalan,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Papat 1 dan 2 di sini.

Azhar berkata terdapat sembilan saluran di pusat mengundi itu dengan 4,000 pengundi.

Katanya menerusi tinjauannya di pusat mengundi itu setakat ini, perjalanan proses pengundian lancar dan tiada insiden kecoh dan mengganggu ketenteraman awam.

Ramai warga emas dan orang kurang upaya juga mengundi di saluran satu dan dua yang disediakan untuk golongan itu, katanya.

Mengenai perjalanan kempen PRK Sandakan sehingga 12 tengah malam tadi, Azhar berkata calon dan parti yang bertanding berdispilin dengan tiada percanggahan dan kesalahan serius berlaku.

Artikel Berkaitan:

Katanya terdapat 12 laporan polis diterima pada kempen PRK Sandakan membabitkan isu kecil antaranya tiada permit, sepanduk dan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Menurutnya SPR menghargai calon dan parti bertanding yang menjalankan kempen secara aman dan tenteram.

Beliau berharap suasana ini diteruskan pada hari ini dengan mematuhi peraturan pilihan raya terutama tidak memakai logo parti, gambar calon dan membina barong panas.

Proses mengundi PRK Sandakan hari ini melibatkan seramai 39,684 pengundi biasa yang layak mengundi sebelum proses pengundian ditutup pada 5 petang ini.- Bernama

Artikel Disyorkan