Penduduk Kampung Besol Lama pindah lagi

Air di kawasan rumah penduduk meningkat sehingga paras peha orang dewasa.
Air di kawasan rumah penduduk meningkat sehingga paras peha orang dewasa.
A
A
A

DUNGUN - Hujan lebat berterusan sejak kelmarin menyebabkan penduduk Kampung Besol Lama, Bukit Besi terpaksa dipindahkan buat kali kedua di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Seramai 32 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke Surau kampung berkenaan berikutan air sungai melimpah ke kawasan rumah mereka.

Pada minggu lepas mangsa yang sama dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air mulai surut setelag sehari bermalam di PPS.

Mangsa, Jamilah Hamzah, 44 berkata, sebaik sahaja hujan lebat melanda memang semua penduduk bersiap sedia untuk berpindah.

Menurutnya, mereka tidak boleh menjalani kehidupan selesa pada musim tengkujuh memandangkan air sungai melimpah sehingga hampir satu meter di kawasan rumah

"Hujan lebat berterusan, kami bungkus apa yang patut untuk berpindah ke tempat selamat.

"Sebaik sahaja arahan diterima, memang kami terus ke pusat pemindahan.

"Dalam bulan ini sudah dua kali kami berpindah dan tidak mustahil akan berpindah beberapa kali lagi,"katanya.

Artikel Berkaitan: