Cai Tung dipilih Pengerusi PDK DUN Johor Jaya

Cai Tung (duduk, tengah) bersama warga pertubuhan kebajikan PDK DUN Johor Jaya.
Cai Tung (duduk, tengah) bersama warga pertubuhan kebajikan PDK DUN Johor Jaya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung dipilih sebagai pengerusi baharu pertubuhan kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) DUN Johor Jaya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertubuhan berkenaan.

Cai Tung yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, menang tanpa bertanding jawatan pengerusi PDK tersebut.

Beliau akan dibantu timbalan pengerusi, Dr Siow Ang Yen, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari, lima ahli jawatankuasa dan dua juru audit.

Cai Tung mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja, ibu bapa, tidak dilupakan juga bekas pengerusi dan barisan jawatankuasa atas jasa dan usaha yang diberikan sebelum ini.

“Sesungguhnya, peranan setiap daripada kita untuk melaksanakan PDK bukan satu perkara yang mudah.

"Usaha ini memerlukan penuh dedikasi, komitmen dan semangat, dan memang tidak dapat dinafikan bahawa ahli-ahli pertubuhan dan warga kerja PDK ini adalah seperti itu. Ini merupakan tanggungjawab yang berat yang dipikul bersama oleh semua pihak,tidak kira sama ada individu atau masyarakat," katanya.

Cai Tung berkata, selaku Pengerusi PDK Johor Jaya, beliau bersama jawatankuasa yang baharu akan berusaha untuk melakukan yang terbaik demi kepentingan dan kebajikan pelatih. Selain itu, katanya, terdapat kerosakan infrastruktur yang perlu dibaiki di PDK berkenaan yang mempunyai lebih daripada 60 pelatih.

“Kami sedang bekerjasama dengan seorang penaja yang murah hati untuk menaiktaraf fasiliti di PDK ini seperti membaiki bumbung bocor, memasang kipas siling baharu, menganti paip air serta membeli kerusi malas yang melibatkan kos lebih kurang RM2,300.

Artikel Berkaitan:

“Kerja-kerja pembaikan tersebut telah selesai sejak kami mengambil alih jawatankuasa PDK ini pada awal bulan Mei, kecuali pembaikan bumbung yang masih dijalankan. Kami akan terus meningkatkan fasiliti di PDK ini dari semasa ke semasa demi keselesaan pelatih-pelatih,” katanya.