Konsep Kemakmuran Bersama bakal ubah dasar, struktur ekonomi: Penganalisis

Dr Barjoyai Bardai
Dr Barjoyai Bardai
A
A
A

SHAH ALAM - Pengumuman kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memperkenal konsep Kemakmuran Bersama adalah perubahan besar terhadap dasar dan struktur ekonomi negara.

Penganalisis ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, kerajaan telah menggariskan satu rancangan jangka panjang untuk negara dan ia perlu diperincikan lagi menerusi program khusus bagi mencapai matlamat tersebut.

“Kita ingin melihat secara terperinci bagaimana kerajaan dapat menstruktur semula masyarakat dan kesejahteraan sosial dari segi membudayakan bidang perniagaan sebagai cara hidup.

“Ini juga termasuk bagaimana mahu menjadikan seorang pekerja separuh mahir atau tidak mahir menjadi pekerja mahir terutama dalam menuju kepada Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan hala tuju baharu ekonomi negara yang akan memastikan rakyat dapat menikmati kemakmuran bersama dengan meningkatkan kuasa beli rakyat, menghapuskan jurang pendapatan, kekayaan antara kelas, kaum, wilayah dan jurang rantaian bekalan yang melampau.

Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan PH turut menggariskan tujuh teras strategik yang perlu ada, antaranya penstrukturan dan penambahbaikan ekosistem perniagaan, menjana sektor pertumbuhan baharu, reformasi bakat dan sumber tenaga negara, memperbaiki pasaran buruh serta pendapatan pekerja.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Barjoyai berkata, dua perkara yang ditekankan dalam teras tersebut melibatkan pembangunan industri, sementara lima lagi menekankan tentang pembangunan rakyat dan pengagihan kekayaan.

“Ini memang satu perubahan besar dalam dasar ekonomi,” katanya.

Artikel Berkaitan: