James Cameron ucap tahniah pada Avengers

Avengers: Endgame FOTO : INSTAGRAM
Avengers: Endgame FOTO : INSTAGRAM
A
A
A

PENERBIT dan pengarah filem Hollywood terkenal, James Cameron akhirnya terpaksa menerima 'kekalahan' terhadap filem terbaharu Marvel, Avengers: Endgame.

Selepas dua minggu ditayangkan, filem adiwira itu telah berjaya meletakkan filem Titanic yang ditayangkan pada tahun 1997 di tangga kedua sebagai filem paling sukses dihasilkan.

Menerusi akaun Twitternya, Cameron memuat naik ucapan bersama gambar kapal Titanic yang hampir tenggelam kerana melanggar logo Avengers.

No Image Caption

"Kepada Kevin (Feige, penerbit) dan semua yang ada di Marvel.

"Sebongkah ais telah menenggelamkan kapal Titanic sebenar.

"Tetapi memerlukan sekumpulan Avengers untuk menenggelamkan Titanic saya.

"Kami di Lightstorm Entertainment mengagumi pencapaian anda. Anda telah buktikan industri perfileman masih hidup," ucapnya.

Artikel Berkaitan:

Cameron
Cameron

Filem terbitan Marvel Studios itu telah mengutip AS$2.2 bilion (RM9.245 bilion) dalam masa kurang dua minggu ditayangkan. Manakala Titanic sebelum ini berjaya mengutip AS$2.1 bilion (RM9.07 bilion).

Bagaimana kutipan itu dijangka akan terus meningkat dan masih ramai yang mahu melihat adakah Avengers: Endgame berjaya mengalahkan rekod yang dipegang oleh filem Avatar iaitu AS$2.78 bilion (RM11.541 bilion).