Restoran mamak 'drive thru' untuk kaki ponteng puasa

Salah seorang pekerja restoran dilihat sedang membawa bungkusan plastik merah dipercayai berisi makanan untuk dihantar kepada planggan yang menanti di dalam kenderaan.
Salah seorang pekerja restoran dilihat sedang membawa bungkusan plastik merah dipercayai berisi makanan untuk dihantar kepada planggan yang menanti di dalam kenderaan.
A
A
A

MELAKA - Sebuah restoran mamak di negeri ini dikesan meraih keuntungan pada bulan Ramadan dengan membekalkan makanan kepada kaki ponteng puasa dengan cara 'drive thru' pada siang hari.

Individu yang memesan makanan hanya perlu menggunakan isyarat tangan dan berada di kenderaan masing-masing di sekitar restoran tersebut yang terletak di Peringgit Jaya, di sini tanpa perlu turun dan mereka akan menerima layanan istimewa.

Menerusi tinjauan Sinar Harian yang dilakukan dengan jarak kira-kira 30 meter dari restoran terbabit mendapati, tiada seorang pelanggan pun di dalam restoran itu tetapi kira-kira lima kakitangan pula sedang sibuk menjalankan aktiviti membungkus makanan.

Makanan yang dibungkus kemudiannya dihantar kepada pelanggan yang setia menunggu di luar persekitaran restoran terbabit.

Ketika jam menunjukkan 11 pagi, beberapa individu bermotosikal dilihat berlegar dan berhenti di tepi restoran terbabit dan kakitangan restoran akan mengambil tempahan dari jarak jauh malah ada juga yang tanpa rasa bersalah menghampiri pelanggan.

Tiada seorang pelanggan pun di dalam restoran itu tetapi kira-kira lima kakitangan sedang sibuk menjalankan aktiviti membungkus makanan.
Tiada seorang pelanggan pun di dalam restoran itu tetapi kira-kira lima kakitangan sedang sibuk menjalankan aktiviti membungkus makanan.

Tidak ketinggalan pelanggan yang menggunakan kereta dan lori, mereka hanya perlu bergerak perlahan melintasi restoran terbabit, dan kakitangan restoran itu akan menunjukkan arah tempat letak kereta, sebelum pergi mendapatkan tempahan.

Setelah tempahan siap, kakitangan restoran terbabit masing-masing akan menghantar pesanan yang diambil, berjalan kaki dengan membawa bungkusan plastik merah berisi nasi dan lauk-pauk.

Artikel Berkaitan:

Sepanjang tinjauan yang dilakukan bermula jam 10.30 pagi itu, keadaan di restoran terbabit tidak ubah bagaikan orang ramai membeli juadah di bazar Ramadan apabila pekerja restoran sibuk keluar masuk dengan membawa bungkusan makanan.

Namun, anehnya keadaan itu di pagi hari.

Individu yang memesan makanan hanya perlu menggunakan isyarat tangan dan berada di kenderaan masing-masing.
Individu yang memesan makanan hanya perlu menggunakan isyarat tangan dan berada di kenderaan masing-masing.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Rahimin Bani ketika dihubungi berkata, pihaknya kesal dengan sikap pengusaha restoran terbabit yang tidak menghormati bulan Ramadan.

Menurutnya, dengan pendedahan ini, ia sebagai teknik terbaharu yang dikenal pasti sebagai cara pengusaha restoran memberikan kemudahan membekalkan makanan kepada kaki ponteng puasa di siang hari sepanjang bulan Ramadan.

"JAIM memandang serius perkara ini dan dengan beberapa bukti yang ada termasuk rakaman gambar dan visual, pihak kami akan menyerahkan notis supaya pemilik premis hadir ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan.

"Kami juga akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa dengan menugaskan pegawai penguatkuasa yang akan memantau lokasi premis berkenaan," katanya.