Perkenal produk penjagaan bayi diformulasikan semula

No Image Caption
A
A
A

JOHNSON & Johnson Malaysia hari ini memperkenal rangkaian produk penjagaan bayi yang diformulasikan semula baharu untuk memenuhi permintaan pasaran dalam negara ini.

Pengarah Negara (Pengguna), Prashant Mahalingam berkata, produk yang dihasilkan semula itu dilengkapkan dengan pembungkusan baharu untuk memberi pengalaman lebih baik kepada pengguna dan ibu bapa.

“Keluaran baharu Johnson ini terdiri rangkaian produk penjagaan bayi dengan formulasi amat lembut mengandungi sifar peratus paraben, ftalat, sulfat dan pewarna, malah direka agar bebas iritasi bagi kulit bayi yang sensitif dan masih di peringkat perkembangan,” katanya semasa pelancaran rangkaian produk tersebut di sini hari ini.

Beliau berkata, barangan Johnson baharu itu ditampilkan untuk empat kategori usia bagi membantu ibu bapa memilih produk paling sesuai bagi cahaya mata baru lahir sehingga kanak-kanak berusia enam tahun.

Antaranya cecair mandian lengkap serta losyen muka dan badan ‘CottonTouch’ serba baharu untuk bayi, cecair mandian dan losyen campuran susu dan beras selain campuran susu dan oat untuk kanak-kanak yang baru berjalan, serta syampu ‘Active Kids’ bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas.

Selain itu, semua bahan pewangi baharu yang digunakan dalam rangkaian produk ini dirumuskan supaya bebas alergen dan terus menepati piawaian global Persatuan Wangian Antarabangsa serta Institut Penyelidikan bagi Bahan Wangian.

“Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan paling teratas kami dengan setiap produk Johnson direka untuk memenuhi piawaian pengawalseliaan organisasi antarabangsa utama atau lebih baik,” katanya.

Sebagai jenama pilihan ibu nombor satu di Malaysia, Prashant berkata Johnson & Johnson turut komited menghasilkan hanya yang terbaik untuk bayi.

Artikel Berkaitan:

“Harapan kami adalah untuk meningkatkan bahagian penguasaan pasaran namun pastinya memenuhi keinginan para ibu di Malaysia,” katanya.

Pada masa ini, beliau berkata Johnson & Johnson menerajui segmen losyen dan minyak.

Semua produk baharu itu boleh didapati di semua peruncit seluruh negara mulai Jun tahun ini. - Bernama