Ribuan kerang terdampar di Pantai Murni

Fenomena ini berlaku hanya sekali sahaja dalam tempoh setahun dan ini memberikan peluang kepada penduduk untuk mendapatkan kerang secara percuma. Gambar kecil: Jenis kerang yang diperoleh daripada pesisiran Pantai Murni.
Fenomena ini berlaku hanya sekali sahaja dalam tempoh setahun dan ini memberikan peluang kepada penduduk untuk mendapatkan kerang secara percuma. Gambar kecil: Jenis kerang yang diperoleh daripada pesisiran Pantai Murni.
A
A
A

YAN - Fenomena ribuan kerang yang memenuhi pesisiran Pantai Murni menjadi tarikan orang ramai untuk mengutipnya secara percuma.

Zakaria Yaakob 56, sanggup memandu sejauh 40km bagi tidak melepaskan peluang mendapatkan kerang berkenaan.

Zakaria berkata, dia yang datang dari Jeniang setelah mengetahui fenomena yang tular itu di media sosial.

"Saya duk tengok depa duk bubuh di Facebook kata kerang di sini banyak kalau ayaq (air) tak pasang.

"Saya pun mai bawa isteri dan anak-anak untuk kutip kerang di sini," katanya ketika ditemui di Pesisiran Pantai Murni hari ini.

Fenomena ribuan kerang yang memenuhi pesisiran Pantai Murni menjadi tarikan orang ramai.
Fenomena ribuan kerang yang memenuhi pesisiran Pantai Murni menjadi tarikan orang ramai.

Katanya, hasil yang diperoleh sangat memuaskan hati sebab rata-rata kerang yang diperoleh bersaiz agak besar.

"Rezeki kita la dapat kutip kerang percuma ni, sebab selalu duk memancing ikan ja hari ni kerang pula," katanya.

Artikel Berkaitan:

Meskipun hujan renyai-renyai penduduk tempatan dilihat mula datang seawal jam 8 pagi dan mulai ramai pada jam 11 pagi.

Kebanyakan mereka yang datang membawa plastik besar seolah-olah sudah yakin hasil yang bakal diperoleh.

Seorang penduduk tempatan, Salimat Ariffin, 53 berkata fenomena kerang naik ke darat ini berlaku apabila musim peralihan monsun barat.

"Kerang ni duduk di tengah laut, dan apabila laut membadai, banyak kerang akan dibawa ke tepian pantai sebab tu boleh jadi meriah macam ni," katanya.

Menurut Salimat, fenomena ini berlaku hanya sekali sahaja dalam tempoh setahun dan ini memberikan peluang kepada penduduk untuk mendapatkan kerang secara percuma.

"Rezekilah, dapat kerang secara percuma kalau nak beli pun kerang biasa ni RM8 juga sekilo kalau harga pasaran," katanya.